Sunday, October 23, 2011

Assalamualaikum :L


Marcapada ini, kita disajikan dengan berbagai-bagai maklumat pada zaman atom ini daripada dada-dada tabloid yang mengandungi pelbagai pro dan kontra yang boleh memajukan atau menjatuhkan sesebuah masyarakat dinamik yg berbilang kaum di negara terbilang ini. 


Ayat sendiri okay.


Haha aku sendiri pon tktau pasai apa aku tulis benda tu. Tapi yg pasti topik hari ini berkaitan dgn...


MUSLIMAH HIJAB FASHION =_=



Okay murid-murid, skarang nie apabila anda keluar rumah aje apa yg akan anda nampak? of course persekitaran. lagi? lagi? come on, answer me please...! :| okey i am soreng.


Haisy skarang nie kan bila kita keluar rumah aje nampak la  muda-mudi di luar sana tgh date xD
atau pakcik tukang kebun tgh berkebun
atau mak cik kiah tgh memarahi anaknya
atau nmpk hantu? @_@


Haha aq merapu dahh... okay yg pasti skang nie gadis-gadis muda belia di m'sia sudah fashion forward :D
I LIKEEEE... they all dh pndai up-to-date you know. and dh pandai bt maksiat pown ==


I wonder sapa yg mbuatkan gadis-gadis nie terikut-ikut dgn fashion2 stai nie. Mesti ada someone yg bt trend, klu x xkan la tba2 ja semua gadis nk pakai mcm tu. Mcm leggings, skinny, mesti la ada sesebuah/sekumpulan individu yg menyebarkan trend2 ini. Shuffle, for example dh jd trend gk an dulu. Siap ada pertandingan g. Whatsoever la~ yg pasti nie dunia ja :D (lol tringat ammar)


Yg jadi trend sekarang nie super duper of course tudung tudung lilit lilit smpai tercekik leher xD kononnya diinspired by Hana Tajima Simpson. Anak kacukan jepun plus org putih. Absolutely CUN laa...
and also YUNA. The most famous Malaysian female singer right now. Dia nie pon dok bt tudung ikat ikat lehiaq gk nieh. tp serious stai and cntik ;D i likeeeeeee


Apabila dh tersebar fashion fashion tudung ini, sudah semestinya mempunyai konotasi samada baik or buruk. 

Yg positifnya , apabila fashion like this dh tersebar, memang byk la orang-orang  pakai tudung. 

Subhanallahwalhamdulillahwalailahaillallahuwallahuakbar (ulang byk2 kali sbgai tnda syukur) 

Hehe. Seriously mmg ramai dh bdk2 (mcm la aq tua sgt) dh pakai tudung.... :)) ini sudah smestinya mbawa seribu kebaikan ya murid-murid. Sepupu aq yg x pakai tudung dulu pon dh bertukar. i mean, berubah. Dulu kat fb gmbar dya byk x pakai tudung. skng nie semua dh bertudung litup. :D bgus laa~ 



BUT!



bila dh fesyen2 tudung nie menjadi trend, ramai yg bertudung semata-mata kerana trend :( dan bukannya kerana Allah S.W.T. ramai nohh yg pakai tudung siap bt tutorial tp leher nampak. telinga nampak. haihh tudung apa mcm tu? before u want to teach people how to cover aurat, you better cover out yourself first. (kata bdk2 youtube)

Perlu ingat yer bloggers, pakai tudung bukan sbb fesyen semata-mata. Klu tak, tak tercapai la tujuan menutup aurat tu. And pakai tudung or hijab or shawl or whatsoever bukan semata-mata utk lawan fesyen. Tak rasa ke klu pakai sbb org pakai tu cntik atau sbb nak lawan tunjuk diri tu lg cntik tu mendatangkan masalah lain yakni masalah hasad dengki? OMG dunia oh dunia~~ 

Hee aq pon sebenarnya dh terpengaruh dgn fesyen tudung nie. :D tp aq akan pastikan aq pakai tu bkn utk menunjuk-nunjuk. Aq pakai sbb tudung tu style dan boleh menarik minat org bkn Islam utk memeluk Islam. hehe! yg penting NIAT, bro.. mcm yg mak aq ckp, buat apa pon, yg penting NIAT. klu niat baik, baiklah jadinya. Klu jahat, xkan baik plak jadinya. Lu pikirla sendiri!~


HUWARGHHH, okay lah aq nak p melawat tok aq yg sdg sakit kat KMC. Semoga dia cpt sembuh, agar akan ada lagi raya buatku tahun dpn. ok bye~



p/s : My neighbours are fighting and nabila ayuni is laughing. What a nice neighbour i am. I love Maria Elena and Matluthfi (sja nk hbaq) ^0^

Friday, October 21, 2011



Weeeheee~ <3 really love this!
i love taeyeon taeyeon taeyeon
tiffany! tiffany!
yoona =.=
and sunny :)


Thursday, October 13, 2011

Assalamualaikum :)



after a long journey, 

i faced a lot of messy things,

a triplet going to western,

a bunch of colourful colgate..




Dah2 nk merapu dh ar nie. Ok seriously aq x phm pon apa aq tulis td. lol aq waya ckittt..


PMR was over! yeah i am the late one to post this freedom speech. yeah who cares?


hello, bm easy la, bi easy la, geo easy la, sej lg la easy, sc wahhh i love you :D, math iloveyoutoo why so kacang maa, agama errr i worked hard on this so i hope the results will TING! :)


BUT KH, GRRRRRRRRRRRR why they asked questions like that ha?! tadak dlm bku okayh. kena pakai brain byk. hisyyy dh la aq x tahan nk p tandas msa tu. tuhan ja yg taw (lol) jgn pikiaq pelik.


:'( okay the night before the day (whatever) i received a lot of semangat messages. Some wished me not to cry in the hall. Of course not . i am not a baby anymore okay =.= and some wished me luck for sure. Appreciated guys :') always there for me! 


Unfortunately, I had a sawan that night. Do you know sawan? It is the brother of Waya. (what am i talking about???) 

Okay forget about waya. I talk about sawan now. Yeah, i reallyyy waya (again) at that time. Baling baling bantal and then bt muka truk. Muka stai xdak semangat lgsung. X chill, bkn nabila la!. All of a sudden,


"hey"

"what???"

"i just want to wish u luck tomorrow. do the best k!"

"i am the best forever..."

"are you okay...? =="

"no i am not. AT ALL."

"what's the problem girl? Share with me"

"what share share? i sawan laaa"

"hahaha funny la you. Relax, chill okay. Wayback when i was fifteen, there's a guy named whateva slept during the exams and he quickly did his test when there was about 10 minutes more! But, he got A's"

"what??? ho...how did...did he do that?"

"we've supposed to get 40 marks as free right? Remember?"

"LIE LIE LIE~ i sawan, you sawan, we sawan sawan sawan"

"Betul la... 40 mrkah tu free right?"

"OUH (bru tringat!) Thanks! You are the best!!! YEEEEHAAA!"


And after an hour, i smile for no reasons. I got my spirit back :D Sometimes i have to listen to others too. Kononnya dh makan asam garam kehidupan. Haha! when i think about this anytime anywhere, i laugh heartily. Bkn ke bodoh jika aku dok sawan lagu tuh smpai la esok PMR balek bru nk lega sawan. Mmg x bermkna apa la. Bila jd sawan nie semangat kita xdak taw. Mcm mayat hidup. So buang mase i je bt tu smua. 

And thanks my friend for advised me last week. Bcause of you, i dh x sawan. 

Ok bye bloggers! Anti Hackers! 



p/s : yg atas td tu translate BM ke BI.













Friday, August 12, 2011

So here i post


Assalamualaikum :)

Saya mengambil keberkatan bulan Ramadan ini untuk mem-post kan (perkataan ni dlm kamus xdak na) artikel nie yg dicopy paste daripada fb kwn ku, husna 3a2.. renung-renungkan dan selamat beramal!~ xD


THIS IS ABOUT COUPLE, PEOPLE!

Kami tidak berzina !
Maaf, saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina.


Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?
Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat, pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan(Tabrani) . Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.

Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!
Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja.Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!(bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)* Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.

Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group. (bagi kes berdua-duaan SAHAJA)
Study Group...? nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau yea pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni... betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!


Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.
Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Kami berdua sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula .


Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta?
Adakah Islam membunuh terus naluri cinta? Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tudukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.


Islam takde ke couple-cople ni?
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia. Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!
Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji. Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang. Jadi manusia itu tidak tahan diuji? Ya, benar.

Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah.  

Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin. Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai- bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit. Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti. Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?

Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta....
Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina. Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri? Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.
  
Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah berfirman: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah An-Nur: 3)
  
Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan? Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Kami telah berjanji sehidup semati.....
Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
Tentu! Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan? Itulah hakikatnya!

Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
Ya! Masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35 ) - Alhamdulillah aku tak nah kaple gi.. (mbuat org kecewa ada la)
Bagaimana kami?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha. Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya.Taubat yang memenuhi tiga syarat: i) Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. ii) Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan. iii) Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.

Moga Allah terima taubat mu. Kita berpisah kerana Allah , kalau ada jodoh , tidak ke mana! Ya, Allah! Bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka "


Wednesday, July 27, 2011

I just want a peaceful. A peace comes dropping slow. But why did they can't understood?


It's a lame story to share with. I am afraid of something. Something that i don't want it to be true. But i'm so unfortunate that the things that i don't want to be true is true. This is not hell. This is just a mess problem that was created by myself. And i am still searching on how to get rid of this messy things.

I started it first. I did it. I make them cry. I didn't mind at all. I am evil for sure. I just thought of myself at that time. I think so. I know what would happen if i still doing that.

And the day has come. I get the punishment. Fullstop. I don't want more.

You never say goodbye but i know you hope so. Thank you buddies! You are kind enough.

Sunday, July 17, 2011

TRIAL - just try?

Assalamualaikum :)
well hello there world :p


Lama dah aq x update satu satunya blog aku nieh.. asyik busy jaa.. tu tara student, bkn PM g pon == . aq tanak membesar bleh dak coz ramai org ckp, makin besar makin busy kerja kitaa... :| not awesome at all.


Okay yesterday ada karnival RELAY kat skul ibrahim... kat sg petani of course. Well, agak menarik dan ada satu dua yg menyedihkan hati. Tidak ingin distory di sini ya, harap maaf..! Biasalah asam garam kehidupan, bukan smua benda menggembirakan kita, an an? Sad story mematangkan hidup kita while Happy2 story tu membuatkan kita lebih ceria n positif utk truskan hidup ;)


Ouh, wait? ada benda penting la! ouh okay...its about TRIALLLLLLLLL!!! percubaan actually. PMR ya. dan aq ? study ke blum? bleh dpt 8A tak? eh tak boleh? -.- 

huuuuuuuuhuuuuuuuu aq tension tahap gaban nieeeeee :( dah la tktau benda pa dia nak kluaq. kluaq SMUA katanya. :(((( dengan byk aktiviti bulan nie, bleh ke aq study elok2? hurmmmm




Benda nie lah yg kita kena baca in order utk dpt A



its sokey Nabila! u can do it! u can fail! xD eh eh takmau2 :)


Well, aq x sabar2 tunggu hari esok lusa. Hari tua aq akan muncul yeahh :) Besday la weh, bt tktau lak! and as usual, aq xdak birthday wishlist pown... :( aq x kisah dpt benda apa pon yg penting ada org ingat kita and wish "slamat hari lahir, smoga bahagia selalu". Itu pon dh cukup for me :') tp klu dpt adiah xkan la aq nak buang lak an.. and teringat lak peristiwa masa erm masa bila tah ==" umor 7 taun kot.


Once upon a time XD, 

a long time ago,

there was a great birthday party that was not great at all.

at that time, == (aq nak guna bahasa ibunda!)

masa tuuu.... aq dpt beribu hadiah! serious happppyyyyyyyyy. sapa2 yg ucap happy birthday tu aq x kisah. aq nak adiah jaa!! tuuu tamak haloba tahap trokk.. == besa la kanak2 ribena tgh membesar. and of course ada birthday party :)

memang meriah gila ah party tuu with a lot of programme being held :D and aq x lupa MIMI, bes fren sejak 11 tahun duluu pon ada sekali masa tuu.. :DD well, time kecik mmg bes! tapi bila dh besar huhh party2 tu xyahlah...x stai ar besaq pon nk celebrate :p

Sedih tau :( makin besar makin kita tension an? 

tp adat dunia, semakin hari kita semakin tua :O



Thursday, June 30, 2011

i am who i am

Assalamualaikum :)


First of all, i just want to remind you that nobody is perfect. huuuu silap p tulih kat status facebook. tkpa tak menyesal sgt pon. *ayat keling*


Make them like you instead it is so complicated and look how we all make it. Filled with so much hatred and it was such a tired game! :O It's enough I've done all I can think of chasing down all my demons and  I've seen you do the same . Done looking for the critics. Cause they're everywhere .They don't like my jeans They don't get my hair . Exchange ourselves and we do it all the time. Why do we do that? Why do I do that? Why do I do that?




:DDDDDDDDDD i likeeeeeeeee :)


O'ckay no matter if u say that i am naughty, horrible, crazy, pretty, dorky or naive i am still Nabila Ayuni. A petite girl that loves to be a miss perfectionist.. No one knows what am i thinking except Allah. I hate show-off show-off segala kcuali fashion shows. And i dont mind if u say that i am kinda same like these persons.. 










Katy Perry ?? :O






OR THIS



Kwon yuri












OR THIS


MOON GEUN YOUNG :D









OR THIS


XDDDD


Sometimes pening gak la... sama tang mana tktau laa. Tapi ramai kot yg ckp muka sama ngn depa smua tuu. ntah la saya rasa cm tak jaaa... :\ tapi org len lg taw muka kita mcm mana sbb kita kalau nak tgk muka sndiri kena tgk cermin dulu tp org len nak tgk muka kita tak yah pakai cermin pon. Pakai mata ja. Do you ever realize that haa? :3 *ilovebubblecheek* (tiba2 ==)



maybe ada la kot sama tang tang mana. yang yuri depa kata sama dekat cara gelak. pelik2 tul. aku gelak pon nak kena tgk ka ==

moon geun young sama tang mata. mata golden fish == whatsoever

katy perry ermm no comment. 


Z tu sama sebijik depa kata. hampa kenai ka sapa Z? ceyy stai x taw sama.




Kesah pa :D yang penting aku ada hidung mata mulut telinga dan rambut untuk melengkapkan anggota bahagian muka (pedia kot)


ouch aq lupa nak p tuisyen. nie tulih x hbeh g nie :( sebarang pertanyaan sila rujuk kepada secretary saya iaitu pink apple kat blog dia www.pinkapple.com 



okey bye!~ :D


p/s : no one is perfect.